Facebook

Home » » HIBAH MU'ALLAQAH?

HIBAH MU'ALLAQAH?



Apa itu HIBAH MU'ALLAQAH?

Pemberian komisen Sahabat Agro berdasarkan hibah muallaqah iaitu hibah bersyarat. Mari kita lihat apa maksud hibah jenis ini yang dipetik dari

Muzakarah  Penasihat  Syariah Kewangan  Islam  2012  Kali  ke  7. KLIFF  2012,  15  Oktober  2012,  Inter Continental Hotel Kuala Lumpur

Prof.Madya  Dr.  Azman  Mohd  Noor
Jabatan  Fiqh,  UIAM

____________________________________

Hibah  mu‘allaqah  adalah  hibah yang dita‘likkan  atau  disyaratkan  (digantungkan) dengan  berlakunya  sesuatu  perkara.  Dalam konsep ini,  hibah  hanya  belaku  apabila  syarat yang ditetapkan  sudah  berlaku.  Ulama berselisih pendapat  berkenaan  dengan  ta‘lik hibah  dengan sesuatu  sharat.

⚠Pendapat  Pertama:  Tidak  Membenarkan Ini adalah  pendapat  mazhab  Shafie,  sebahagian ulama  Hanbali  dan  Zahiri.  Menurut  mazhab Syafie  :  Hibah  tidak  boleh dita‘liqkan  dengan apa-apa  syarat  pada  masa hadapan  kerana hibah  adalah  satu  aqad  yang  boleh terbatal dengan  jahalah  (ketidaktahuan),  maka hibah tidak  boleh  dita‘liqkan  dengan  syarat  seperti jual  beli.

▶Rujukan: Al-Syirazi,  Abu  Ishaq  Ibrahim  bin  Ali  bin  Yusuf,  Al-Muhazzab  fi  Fiqh  alImam al-Syafie, (Beirut : Darul Kutub al-Ilmiyyah, 1995),ms. 2/332.

⚠Ibnu  Qudamah  dari kalangan  ulama Hanbali berkata:   “Tidak  sah  ta‘liq  hibah dengan  sesuatu  syarat, kerana  hibah  adalah pemberi-milikan  (pindah  milik) sesuatu  yang ditentukan  (kepada  penerima  hibah dalam hidupnya),  maka  hibah  itu  tidak  boleh dita‘liqkan dengan apa-apa syarat, seperti jual beli.”

▶Rujukan: Ibnu Qudamah,  Mauqifuddin  Abdullah bin  Ahmad,  Al-Mughni,  (alQahirah : Dar al-Hadith, 2004), ms. 5/384.

✅Pendapat Kedua:  Membenarkan Ta‘lik  Hibah

Ini  adalah  pegangan  mazhab  Maliki,  Hanafi dan  sebahagian ulama  mazhab Hanbali beserta Ibnu  Taimiyyah  dan  muridnya Ibnu  al-Qayyim.  Mereka  berpendapat  dibolehkan ta‘liq hibah dengan  sesuatu  syarat.     Menurut  Ibn Qayyim,  ada  beberapa  dalil  yang  jelas bahawa Rasulullah  SAW  sendiri   ta‘lik  sesuatu hibah  dengan  syarat,  di antaranya  hadith Jabir:

Maksud:  Nabi  berkata  : “Sekiranya  tiba  harta (dari)  Bahrain, akan  aku  berikan  harta  itu kepada  engkau  sebanyak  begini dan  begini, seterusnya  begini,  dengan  tiga  genggam.”  Abu Bakar  Al-Siddiq  telah  menunaikan  syarat  itu setelah datangnya  harta  Bahrain  setelah wafatnya  Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam.

✅Ibn  Qayyim  menganggap  bahawa  hibah  berta‘lik adalah  sama  dengan  janji.  Ini  jelas  disebut  di  dalam kitabnya  Ighathat  al-Lahfan

✅Rasulullah  SAW  telah  menghantar  kepada Al-Najasi (Raja  Habsah)  hadiah  wangian kasturi,  dan  baginda berkata  kepada  Umu Salamah:  “Sesungguhnya  aku telah  hadiahkan kepada  Al-Najasi  kain  pakaian  dan wangian kasturi,  tetapi  aku  perpendapat  dia  sudah meninggal  dunia.  Aku  juga  merasakan bahawa hadiahku  akan  dikembalikan  semula kepadaku. Sekiranya  hadiah  tersebut  kembali kepadaku,  hadiah itu  akan  menjadi  milikmu.”

▶Rujukan: Musnad Ahmad bin Hanbal,  Bab hadith  Ummu  Kalsum  binti  Uqbah Ummu Hamid, Juz 6, ms 404, no 27317

✅Pendapat  yang  hampir  sama  dengan pandangan  Ibn Qayyim  di  atas, Dr.  Ali al-Nadawi  menyebut  satu kaedah  fiqh:

Maksud: “Janji  janji  dalam  bentuk  ta‘lik adalah mengikat (binding)”.

▶Rujukan: Dr. Ali  Ahmad  al-Nadawi, Jamharat al-Qawa‘id  al-Fiqhiyyah  fi al-Mu’amalat al-Maliyyah, Riyad: al-Rajhi Bank, 2000,jilid 1, ms.585.

CONTOH DALAM PERBANKAN

⏩Produk perbankan Islam  pembiayaan melalui  ijarah  (sewa).  Kerana  ada  elemen penggunaan  instrument  hibah  mu ‘allaqah produk ini  dipanggil  “  Ijarah  muntahiyyah  bi al-tamlik  almu’allaq  ‘ala  sadad  jami  al-aqsat” (sewaan  yang berakhir  dengan  perpindahan pemilikan  kepada pelanggan  melalui  hibah dengan  syarat  dia  telah membayar  semua sewa bulanan  sepanjang  tempoh pembiayaan).

⏩Sewa yang  berakhir  dengan  pemilikan Al-Ijarah  muntahiyyah  bi al-tamlik  al-mu’allaq ‘ala sadad  jami  al-aqsat”   (sewaan  yang berakhir  dengan  perpindahan  pemilikan kepada  pelanggan  melalui  hibah  dengan syarat  dia  telah membayar  semua  sewa bulanan  sepanjang  tempoh pembiayaan)

⏩Program Loyalti dan ganjaran rewards program

www.komunitiagroprimas.com
Share this video :

0 comments:

Post a Comment

Disqus Shortname

Comments system

 
Copyright © 2013. Komuniti Sahabat Agroprimas - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger