Apa itu HIBAH MU'ALLAQAH?
Pemberian komisen Sahabat Agro berdasarkan hibah muallaqah iaitu hibah bersyarat. Mari kita lihat apa maksud hibah jenis ini yang dipetik dari
Muzakarah Penasihat Syariah Kewangan Islam 2012 Kali ke 7. KLIFF 2012, 15 Oktober 2012, Inter Continental Hotel Kuala Lumpur
Prof.Madya Dr. Azman Mohd Noor
Jabatan Fiqh, UIAM
____________________________________
Hibah mu‘allaqah adalah hibah yang dita‘likkan atau disyaratkan (digantungkan) dengan berlakunya sesuatu perkara. Dalam konsep ini, hibah hanya belaku apabila syarat yang ditetapkan sudah berlaku. Ulama berselisih pendapat berkenaan dengan ta‘lik hibah dengan sesuatu sharat.
⚠Pendapat Pertama: Tidak Membenarkan Ini adalah pendapat mazhab Shafie, sebahagian ulama Hanbali dan Zahiri. Menurut mazhab Syafie : Hibah tidak boleh dita‘liqkan dengan apa-apa syarat pada masa hadapan kerana hibah adalah satu aqad yang boleh terbatal dengan jahalah (ketidaktahuan), maka hibah tidak boleh dita‘liqkan dengan syarat seperti jual beli.
▶Rujukan: Al-Syirazi, Abu Ishaq Ibrahim bin Ali bin Yusuf, Al-Muhazzab fi Fiqh alImam al-Syafie, (Beirut : Darul Kutub al-Ilmiyyah, 1995),ms. 2/332.
⚠Ibnu Qudamah dari kalangan ulama Hanbali berkata: “Tidak sah ta‘liq hibah dengan sesuatu syarat, kerana hibah adalah pemberi-milikan (pindah milik) sesuatu yang ditentukan (kepada penerima hibah dalam hidupnya), maka hibah itu tidak boleh dita‘liqkan dengan apa-apa syarat, seperti jual beli.”
▶Rujukan: Ibnu Qudamah, Mauqifuddin Abdullah bin Ahmad, Al-Mughni, (alQahirah : Dar al-Hadith, 2004), ms. 5/384.
✅Pendapat Kedua: Membenarkan Ta‘lik Hibah
Ini adalah pegangan mazhab Maliki, Hanafi dan sebahagian ulama mazhab Hanbali beserta Ibnu Taimiyyah dan muridnya Ibnu al-Qayyim. Mereka berpendapat dibolehkan ta‘liq hibah dengan sesuatu syarat. Menurut Ibn Qayyim, ada beberapa dalil yang jelas bahawa Rasulullah SAW sendiri ta‘lik sesuatu hibah dengan syarat, di antaranya hadith Jabir:
Maksud: Nabi berkata : “Sekiranya tiba harta (dari) Bahrain, akan aku berikan harta itu kepada engkau sebanyak begini dan begini, seterusnya begini, dengan tiga genggam.” Abu Bakar Al-Siddiq telah menunaikan syarat itu setelah datangnya harta Bahrain setelah wafatnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam.
✅Ibn Qayyim menganggap bahawa hibah berta‘lik adalah sama dengan janji. Ini jelas disebut di dalam kitabnya Ighathat al-Lahfan
✅Rasulullah SAW telah menghantar kepada Al-Najasi (Raja Habsah) hadiah wangian kasturi, dan baginda berkata kepada Umu Salamah: “Sesungguhnya aku telah hadiahkan kepada Al-Najasi kain pakaian dan wangian kasturi, tetapi aku perpendapat dia sudah meninggal dunia. Aku juga merasakan bahawa hadiahku akan dikembalikan semula kepadaku. Sekiranya hadiah tersebut kembali kepadaku, hadiah itu akan menjadi milikmu.”
▶Rujukan: Musnad Ahmad bin Hanbal, Bab hadith Ummu Kalsum binti Uqbah Ummu Hamid, Juz 6, ms 404, no 27317
✅Pendapat yang hampir sama dengan pandangan Ibn Qayyim di atas, Dr. Ali al-Nadawi menyebut satu kaedah fiqh:
Maksud: “Janji janji dalam bentuk ta‘lik adalah mengikat (binding)”.
▶Rujukan: Dr. Ali Ahmad al-Nadawi, Jamharat al-Qawa‘id al-Fiqhiyyah fi al-Mu’amalat al-Maliyyah, Riyad: al-Rajhi Bank, 2000,jilid 1, ms.585.
CONTOH DALAM PERBANKAN
⏩Produk perbankan Islam pembiayaan melalui ijarah (sewa). Kerana ada elemen penggunaan instrument hibah mu ‘allaqah produk ini dipanggil “ Ijarah muntahiyyah bi al-tamlik almu’allaq ‘ala sadad jami al-aqsat” (sewaan yang berakhir dengan perpindahan pemilikan kepada pelanggan melalui hibah dengan syarat dia telah membayar semua sewa bulanan sepanjang tempoh pembiayaan).
⏩Sewa yang berakhir dengan pemilikan Al-Ijarah muntahiyyah bi al-tamlik al-mu’allaq ‘ala sadad jami al-aqsat” (sewaan yang berakhir dengan perpindahan pemilikan kepada pelanggan melalui hibah dengan syarat dia telah membayar semua sewa bulanan sepanjang tempoh pembiayaan)
⏩Program Loyalti dan ganjaran rewards program
www.komunitiagroprimas.com